Exam dah habis.noktah. Bukan. Aku tipu kerana tanggal 6 haribulan ini merupakan paper last aku yang aku sangat gerun semasa melihat carry marksnya. Tapi tidak mengapa kerana Dr. Nora tidak menambah 10% lagi. Aku selamat daripada direjam hebat oleh grade C yang semakin bermain di kepala. At least subject ni aku nak pulun dapat B+ atau B pun kira mantap lah tu. Jika mendapat Grade B- atau C+, aku tidak akan mendapat sebuah laptop baru dan hidup aku akan bertambah suram dan muram dan GERAM. Cis, ini mesti gara-gara terlalu banyak barmain bersama pelajar Thailand di dalam kelas Bahasa Inggeris.
Hah, bercakap mengenai pelajar Thai... (LAWAK) Tapi aku tidak mahu menjadi keji kerana dia masih baru di dalam dunia bahasa Inggeris jadi aku tidak mahu mengecilkan hatinya gara gara pecah perut apabila mendengar cara sebutannya. Sangat.
20/3/2010. 4 p.m. Maryam B4.4b
Aku berpeluang untuk mengajar seorang budak Thai bernama Alaina (bukan nama sebenar). Alaina datang kesini untuk bercuti tetapi telah dipaksa oleh rakannya Alaino (bukan nama sebenar) untuk belajar bahasa Inggeris. Jadi Alaino pun mengiklankan kekosongan untuk mengajar bahasa Inggeris di laman web UIA.
So, aku pun berminat dan ingin mencari pengalaman. Tipu. hahah. Aku tak berminat pun sebenarnya cos final exam kot. Mati. Tapi memandangkan bayarannya yang lumayan aku pun dengan ringan tangannya menelefon Alaino.
Sawadikhappp Krap Khhun Khapppp Khaaappp Maii..(bukan the exact sentence. Aku merapu sahaja.) Mulut aku terlopong besar. Eh, betul ke number ni yang aku dail? asal cam orang Thai je. Aku tak tau pun yang die ni orang Thai sebab die tak bagi details kat dalam iklan tu. So, aku pun terus letak handphone takut tersilap orang.
Call lagi sekali the same thing happened. Tapi aku tau mata aku tak juling cos aku dah check betul betul number die. So, aku pun terus speaking... Bla.. Bla.. Bla.. Bla..
Mula- mula aku ingatkan kena ajar Alaino. Tapi tibe tibe Alaino kate bukan die yang nak belajar English tapi kawan die Alaina. Itulah cos aku pun pelik sebab English die takdelah berterabor mane pown nak belajar English lagi. So, now aku kena ajar Alaina yang mana die ni "ZERO" English nyer kate Alaino. Aku pun gabra giler cos macammane aku nak ajar die kalau aku tak tahu bahasa Thai. Matila sekali lagi. Tapi Alaino kate die boleh cakap cikit cikit je. Jadi penipuan berlaku disitu. Cakap tadi "ZERO"... mane satu ni? Adoi, aku pun pening.
Cakap cikit cikit... Hurm. Oklah. Bantai je. So, aku pun mengambil peluang pekerjaan tersebut.
21/3/2010. 10a.m. HS CAFE
Hai mane la budak Alaino ni.. Kate nak jumpe. Sebelum budak Alaino tu datang dengan Alaina, aku pun sa..pedek dulula. Lambat sangat.
Tiba tiba muncul Alaino lalu Alaino memperkenalkan aku kepada Alaina. Wahhhh, cunnyerrr Alaina ni daripada Alaino. Serius cun cos die ade mate cekelat. :P hahah. Anak murid aku yang pertama dan sangat comel. Aku bukan Lesbo tetapi kagum dengan matanya dan pipinya yang kemerah merahan. Guna blusher agaknya. :P
Then, Alaino mengatakan bahawa aku boleh membawa Alaina kemana sahaja yang aku ingini. Ok... sudah pastilah ke Library kalau tak mane lagi kerana UIA tidak mempunyai spot spot yang menarik untuk melepak.
Aku melihat gerak geri Alaino yang mana matenye macam Zombie yang tak tido setahun.
Aku: Alaino, what's wrong with you today? You look tired.
Alaino: No, I feel sleepy. I haven't took my bath yet.
Aku: WHAT??? (Ok the only rule in this story is not to say "WHAT" otherwise tampar diri kau sendiri). Giler kuat doe aku cakap what tu... hadoi. Tapi naseb baik die tak terase.hahah. Aku paham budak KAED kan.. Paham Paham.
lepas 10 minit Sok Set Sok Set ngan Alaino, die pun dah nak ciao balik bilik..
Aku pun.. hheheheheheh.. Jom Alaina kite gi jalan jalan. eh, tak Library. mule mule aku ter"speaking" laju sangat yang pade kite semua ingat bahawa itu adelah speed yang sederhana sahaja. Jadi Alaina meminta aku rewind balik perkataan aku sebelum ini.... aku pun terpakselah SLOW MO..
Alaina: Toilettt.. (sambil mengangkat tangannya tanda bertanya kepada aku dimana
toilet yang terdekat.)
Aku: Owh.. I'll show you where the nearest toilet is. Come with me.
Alaina: I not understand you meannnn... (sambil memandang heran kepada ku.)
Aku: WHAT?? (sekali lagi tampar muka ko fiza.)(Aku terlupa bahawa aku perlu ber slo mo dengan Alaina.)
Tapi kali ini bile aku berslo mo dengan Alaina die tak paham lagi. Jadi...
Aku: Toilet.. I.. know.. Come.. Follow.. Me.. OK? (bercakap kepadanya dengan muka yang penuh ekspressi. Tak sia sia aku pernah masuk teater belajar facial expressions.hahah)
Alaina: Ok. (lalu mengangguk anggukkan kepalanya tanda faham. "OK" merupakan perkataan yang selalu die guna. Sangat pendek tetapi mesejnya sampai.)
BERSAMBUNG...
Thursday, April 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment