Wednesday, April 27, 2011

OK SAYE SUKE AIN NOR FATINA COS DIE GILA ANNOYING.

harapan saye supaya ain nor fatina yang sudah sihat ala ala mengada membaca entry kali ini. so dah boleh lompat bintang ke lurve??? lompat la i nak tgk! cepattt!!!

hehehehhe..

Tina...


kawan aku yang paling aku sayang sekali.. susah... senang.. gelak... sedih.. menangis.. menjerit terpekik pekik di dalam kereta tatkala die membawa aku berjalan jalan.. dikala ini memori itu tersemat didalam hati ketika aku melangkah meninggalkan laman UIA yang akan dirindui selama lamanya.

Ain Nor Fatina...

kawan yang pada mulanya menjadi musuh ketat kini menjadi bff... pelikkan?

betullah kata orang jangan membenci nanti kelak akan merindui.

ya... aku lah penyebab dia kemalangan jalan raya 4 tahun yang lalu...bencilah aku hinalah aku kerana sesungguhnya Tuhan itu memberikan hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Atau itu suatu kebetulan?? Entahla... hanya tuhan yang mengerti.

Dulu Tina...

berlagak.
sangat berlagak dengan title pelajar St. Mary yang digalasnya.

Semasa perkenalan kami di Matrikulasi UIAM, dia semacam endah tak endah sahaja kepada kami bertiga selaku roommatesnya...

aku?

aku kalau orang tak layan buat ape aku nak menyebok nyebok memperkenalkan diri. kenal lain kali sudah. kate roommates.. lain hari pon masih boleh berkenal kenalan.

Dulu aku dengan Tina ni takde la rapat sangat sebab die busy memanjang je dengan secret societies die.. aku rase die mcm poyo. datang datang je dah join societies. macam bagus. balik bilik punyela lambat sampai takde mase nak berborak dengan kami bertiga. ehhhh pigidaaa!

aku? ahhh lantak kau la nak buat ape. ade aku kesah?

INSIDEN GADUH PASAL KIPAS.

heklehhhhhh... gaduh pasal kipas je pon...mcm budak darjah 3 lah korang dua ni! ya.. mase ni lah kitorang menjadi musuh. daripada tak carik pasal terussssss nak mencari pasal. seb baek tak bertinju sakan.

yang meleraikan pergaduhan? ya sudah semestinya budak yang paling baik bernama salina. die ni memangla kawan paling innocent penah aku ade. innocent innocent die sekali die meletup kau akan terdiam sebab tak sangka die ni pun ade hati dah perasaan jugak. eh mestila die kan manusia juga. huh.

mase pergaduhan tu.. abang technician dah check kipas kami sekali tak boleh di on kan.. aku pon kate la aku dah buat report tapi tina mencelah dengan muke tak malunya seraya berkata: "SHUT UP FIZA I NAK DENGAR DRPD TECHNICIAN NI SENDIRI" (dengan gaya bitchy)

Aku?? SENTAP NAK MAMPOS. berlari lari anak mendapatkan katil double decker lalu menekup muke dengan bantal sambil menangis tersedu sedak... ok aku memang emo kalau org marahkan aku atas kesalahan yang aku tak buat. lepas je tina slow talk dengan technician die trus je blah tak pegi mane. aku? still nangis sambil dipujuk salina. Lepas tu pegi class LEM pon tade semangat cos mate dah bengkak bengkak malu nak mengadap kengkawan sekelas. serious mcm budak darjah satu.

Lame la jugak kitorang bergaduh.

Ya aku mengaku yang aku mendoakan supaya Allah ubah perangai die dan jatuhkan balasan yang setimpal dengan mulut bitchy yang die ade mase tu. serious aku tak tahan dengan perangai berlagak die yang tak habis habis.

sampaikannnnn....


satu hari... mak Tina called cakap yang Tina masuk hospital cos die accident. Aku??? WHATTTTTTT??????????????? Padahal aku dah tau tuhan dah makbulkan doa aku. Tapi aku sedih... sedih sangat cos mak die kate die critical. Aku dah tak tentu arah... aku nak melawat tapi jauh sangat hospital tu. Last last kitorang tunggu sampai die dah sihat and die datang hostel baru kitorang jumpe die.

And the best part is... sejak drpd kejadian tu perangai die dah berubah. terus berubah.

bersambung~

No comments:

Post a Comment