Wednesday, January 5, 2011

CLASS WHAT THE???


Ok entry kali ni adalah berkisarkan tentang kelas LOP. Wah wah wah… kelas LOP ni bukan mcm kelas LOP dah.. ni kelas budak budak tadika cos yang mengajarnya pown Dr. yang ade PhD. dalam pendidikan kanak kanak… jadi pada mulanya kalau anda ditakdirkan masuk ke kelas ini… maka… “BERSABARLAH SESUNGGUHNYA SABAR ITU SEPARUH DRPD IMAN…”
Ahhhhhhhhhh sudah. Mengapa saye mengatakan kelas ini memerlukan kesabaran yang tinggi??? Kerana...

1) Untuk sesi pengenalan diri… anda perlu mengetuk meja (seperti mengetuk pintu rumah orang) dan kemudian anda diminta melaungkan “knock knock, who’s there?”.What the???

2) Sesi pengenalan diri akan berlangsung selama 2 minggu berturut turut… jadi sepanjang anda berada didalam kelas itu anda akan berkenalan dengan semua pelajar pelajar yang mempunyai pelbagai ragam asam garam. Pendek kata anda akan menambah kenalan kenalan ramai didalam kelas.

3) Berada di dalam kelas ini bagai mengembalikan nostalgia anda sewaktu berada di alam pra-persekolahan kerana apabila selesai sahaja sesi pengenalan kumpulan yang pertama anda akan disajikan dengan kids’ poems dan… bukan itu sahaja. Anda juga dikehendaki membaca poems tersebut dengan intonasi yang sesuai. (OMG!)

4) Jika anda tidak mengikut intonasi yang sepatutnya apabila anda membaca poems tersebut… (annoying part…). Anda diminta untuk mengulanginya semula dengan mengikut intonasi kanak kanak 10 tahun yang baru sahaja belajar cara-cara membaca sajak bahasa inggeris! urghhhhh!

5) Jika dibandingkan dengan kelas kelas LOP yang lain… anda sememangnya akan ketinggalan ditelan arus informasi kerana kelas ini sememangnya adalah kelas untuk membina keyakinan diri anda supaya tidak takut untuk bercakap dikhalayak umum.. sedangkan…… kelas Mr. Mazlan sudah memberi artikel artikel surat khabar yang penting untuk menambah pengetahuan anda tentang dunia pekerjaan yang harus anda tempuh tidak lama lagi. (bagi yang Grad sem ini).

TETAPI...

Bagi mereka yang suke bebenor kelas ini mereka sudah semestinya akan membangkang pendapat pendapat saya sekeras keras nya kerana…

1) KELAS INI SANTAI.
2) TIDAK BANYAK ASSIGNMENT. HANYA DISKUSI SEMATA.
3) ANDA BOLEH HILANG STRESS KERANA SEBAB DIATAS
4) ANDA BOLEH GELAK SELAMA 1JAM SETENGAH. (gila!)
5) Bagi sesiapa yang suke idea idea kreatif untuk branding, anda mesti meminati
kelas ini.

Jadi bagi sesiapa yang merasai pengalaman belajar di dalam kelas LOP. Saya tabik kerana tahap kesabaran anda tidak boleh dipertikaikan lagi. Sekian.

p/s: Dr… maafkan saya kerana Mazlan ajar lagi mantap! (Tabik Hitler.) :P

No comments:

Post a Comment